Check up pregnancy

Thursday, March 31, 2011


Ms awal2 mengandung mama g check up kat klinik Sentral, Sri Petaling je coz daddy dh naik kapal ms 2. Mama takut nk bwk kete g klinik kesihatan sorang2. Klinik swasta 2 dekat je dgn umah nanny. Mama g check up tiap2 bln sorang2 je.

Ms usia kandungan mama msk 7 bln br mama start g klinik kesihatan kat kuchai entrepreneurs park. Ms 2 daddy dh blk. Tiap2 minggu mama kena g check up kat cna. Appointment kul 8 tp dh ramai org. Smpi2 je ltk buku pink kat kaunter. Timbang Berat, amik tekanan & Test kencing. Pas2 bg kertas result kat nurse d kaunter. Tggu utk amik drh. Tggu lg utk jmp nurse. Tggu lg utk jmp doctor. Penat menunggu je. Nurse akan bg ubat klu stok ubat2 dh abis. Daddy?????Daddy biasa la. Tggu mama dlm kete ZzzzZzzzzzz.



Disebabkn mama +ve anemia ms mengandungkn Qalysh, nurse d klinik kesihatan tmpt mama check up bg mama 3 tin susu.




Scan 3D / 4D

Friday, March 25, 2011


Masa kini, ramai ibu bapa lebih gemar mengimbas kedudukan bayi mereka menggunakan imbasan 3D. Fungsinya masih sama seperti imbasan yang lain namun kelebihannya lebih ketara. Imbasan 3D boleh menunjukkan kedudukan bayi dengan lebih jelas berbanding imbasan 2D malah, kecacatan bayi seperti bibir sumbing, masalah jantung dan kecacatan LIMB dapat dilihat dengan lebih jelas.



Mama & Daddy xcited nk tau baby boy@girl. Tp x nmpk pn. Baby nk main sorok2. Byk lg copy pic & video yg klinik ni bg tp ni je yg dpt mama lampirkn.



Namun yang demikian, teknologi yang paling terkini ialah imbasan 4D. Dengan yang demikian, anda boleh menyaksikan sendiri bayi menghisap jarinya, tersenyum, mengerutkan muka dan m
enguap. Imbasan 4D boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, namun untuk hasil imbasan yang terbaik, anda digalakkan melakukannya di antara minggu ke-24 hingga minggu ke-30.

Temuduga

Wednesday, March 23, 2011

Ms mama bpantang, mama dpt panggilan temuduga SPA bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred17 pada 22/12/2010(Rabu) di Wisma Negeri,N9. xkn mama nk lpskn peluang ni kn. So, mama g la. Time 2 daddy x naik kapal lg so daddy yg anta mama ke tmpt temuduga 2. Qalysh pn ikut skali tau. Daddy yg jg Qalysh kat dlm kete. Tggu smpi mama abis. Tq daddy.

Objektif Penemuduga

Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri.

Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.

Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga. Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :

- Kebolehan berkomunikasi yang baik
- Mempunyai kelayakan yang relevan
- Bersemangat
- Berinisiatif
- Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
- Berwatakan Menarik

Nilaikan diri anda

Sebelum anda menghadiri temuduga, anda seharusnya sudah dapat menilai diri anda sendiri sebelum dinilaikan oleh penemuduga. Anda perlu melihat diri anda dari segi:-

- Kelebihan diri sendiri
- Personaliti
- Pencapaian Akademik dan Pekerjaan
- Kekuatan dan kelemahan
- Persepsi
- Pengetahuan Am
- Pengalaman Kerja

Kebanyakkan soalan penemuduga berkisar kepada aspek-aspek diatas. Cuba selami diri anda, dan senaraikan butir-butir tersebut, kenalpasti kelemahan anda dan cuba perbaikinya sebelum menghadiri temuduga.

Ini dapat memastikan anda dapat menjawab soalan penemuduga dengan lebih yakin dan positif.

Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga

Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja.

- Ucapkan “Assalamualaikum / Salam”, “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda danpenemuduga.

- Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

- Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.

- Jangan menggelisah.

- Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.

- Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.

- Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini.

- Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu

- Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

- Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat.

- Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.

- Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.

- Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.

- Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

- Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga

- Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.

- Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda.

- Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.

- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

- Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

- Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

- Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.

- Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.

- Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.

- Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.

- Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.

- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Kawal emosi semasa temuduga

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

- Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda.

- Jawab dengan jelas dan lantang,

- Kikiskan sifat ego anda,

- Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas.

- Banyakkan senyuman.

- Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain.

- Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan.

- Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

Perkara yang menjelikkan penemuduga

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

- Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.

- Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.

- Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.

- Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda.

- Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.

- Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut. Diharap dengan maklumat tersebut akan sedikit sebanyak membantu anda untuk berjaya semasa ditemuduga.

sumber:temuduga.blogspot

Anemia Semasa Mengandung

Jika semasa mengandung anda sering letih, sering pengsan, kelihatan pucat, selalu sesak nafas, janganlah ambil ringan. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Mama ms mengandungkn Qalysh paras hemoglobin mama rendah. HB mama dlm 9.1 - 10.9 je. Byk kali mama kena cucuk huhuhu....pas2 ms nk dekat due date pihak klinik kesihatan suh mama follow up check up kat hospital Serdang. Tp lps bsalin ari 2 pn ms mama bwk Qalysh g cucuk utk sebulan nurse ader check up utk mama gak. Mama still kurang darah HB 7.7 plak. Lg teruk.

Apa itu Anemia

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Terdapat banyak jenis Anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini, berjumpalah doktor.

Penyebab

Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :

  • Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian
  • Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
  • Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia
  • Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
  • Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :

  • {mosimage}Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
  • Wanita yang mengandung kembar
  • Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
  • Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia.
  • Merokok dan meminum alkohol berlebihan
  • Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan
  • Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :

  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
  • Kelihatan pucat
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :

  • Loya
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
  • Sakit kepala dan pening
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
  • Mudah lupa

Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :

  • Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.

Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.

Ujian - ujian

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :

  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.
  • Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.

Rawatan farmakologi

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.

Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.

Pemantauan

Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin anda untuk sepanjang tempoh kehamilan.

Prognosis

  • Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
  • Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup.
  • Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.

Pencegahan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:

  • Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.
  • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
  • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
  • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
  • Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
  • Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan.


Sumber: Anemia Semasa Kehamilan, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, infosihat.gov.my

Cuci2 Mata d Putrajaya



Sepetang d Tmn Bukit Jalil




Baby dh 8 bln dlm perut mama. Daddy paksa mama suh jln byk2 coz daddy say nnt mama senang nk bsalin & Alhamdulillah akhirnya mama selamat melahirkan baby boy mama yg cute ni.

Pengalaman Berpantang

Tuesday, March 15, 2011

Mama memilih untuk berpantang selama 44 hari. Kalau la boleh dikirakan 44 hari. Hehe~. Nama pun kerja makan gaji. Cuti Bersalin cm 2 bln. Takkan nak berpantang sampai 100 hari? Kalau nak 100 hari, ada yang akaun banknya segan nak berisi. Lain la kalau daddy tu pak menteri.


Mama berpantang d Senawang, Semuanya d uruskan oleh Umi.Umi yang menjaga mama & Qalysh coz daddy dh belayar. Tp sblm daddy belayar, sempat juga daddy & nanny jg mama & Qalysh sekejap. Dh seminggu lbh bersalin br mama dpt berurut. Ye la Qalysh kena jaundis kn. Makcik urut 2 datang ke umah. 3 hari berurut, Bertangas & hari ke-44 bersalin berurut utk naikkn peranakan & mandi bunga.


Sape kata mama mengelat berpantang? Mama berpantang macam orang Melayu lain juge. Pakai bengkung, sarung kain batik, sarung stokin, berurut, pakai param (3 hari aje), mandi air panas, minum air akar kayu (klu umi tuang dlm cawan br minum hehehe pahitttttt), tak makan benda sejuk, tak makan benda gatal dan lain-lain. Umi pulak memang masak yang sedap-sedap. Takde la macam aku baca cerita bloggers lain, yang kena makan nasi ngan lada itam setiap masa.


Berpantang cara orang dulu-dulu, kena sukat-sukat masa minum air. Tak boleh banyak. Mama pun sukat jugak. Sukat kasi banyak. Har har har. Gile ke musim panas nak catu mama minum air? Tambah-tambah baru lepas bersalin. Ada nanti yang melolong terpekik sembelit tau!


Makan jamu? Mintak ampun. Mama telah contribute meng-kaya-kan tokey set bersalin HAR-ONE. Promosi sikit. Takde testimonial, makan tak proper.

Demam Kuning (Jaundice)

Monday, March 14, 2011

Alhamdulillah....syukur ke hadrat tuhan krn dkurniakan seorang cahayamata yang sempurna & sgt2 comel. Selesai tugas doctor mjahit, mama d bawa semula ke katil. Esk tgh hari, mama d benarkn kuar hosp. Sblm kuar kena settlekn dokumen2 serta bil2 hosp. Nurse check baby & baby ok. (Nurse 2 ckp mcm 2 la).

Lega mama dpt blk umah. Mlm 2 maklong & paklong Qalysh dtg umah nanny nk tgk Qalysh. Pas2 dieorg ckp Qalysh dh nampak mcm ada kuning..idung, pipi, dahi dh nmpak kuning..bila tekan lambat ja nak naik merah balik. Mlm 2 jgk g Hosp. Banting tmpt paklong keje & wat check up kat c2. Sah Qalysh kena Jaundis. Kena tahan wad. Tp d sbbkn Hosp. Banting 2 jauh sgt...daddy, mama, maklong & paklong g blk kat Hosp. Serdang tmpt mama bsalinkn Qalysh. Tp smpi cna pihak Hosp. ckp dh penuh. Pihak Hosp.Serdang suh g ke HKL / Hosp. Kajang. Smpi kat Hosp. Kajang dlm kul 11 lbh mlm. Akhirnya mama & Qalysh kena tahan wad.



Ya Allah..benda yg mama takut terjadi jadi jugak. Lemah longlai rasa bila pk kena masuk wad..lg lemah bila tiap2 pagi nurse cucuk amek darah anak mama.....aduh.....kesiannya...menangis trosss...huhu.


sedih sgt tgk Qalysh kena duduk bawah lampu. Lg la rasa nk nangis...cian anak mama..pakai pampers, je..pastu kena pakai lampu yg radiation dia tinggi..2 lampu..aduh..kalo kita pun xtahan panas lampu tu ni kan pula baby yg kecik tu kan..sayu hati...wad untuk budak kuning hanya ayah baby saja yg blh masuk. Mama nk mandi pn x senang ati biasala....bila dah ada anak ni, anak org ln nangis pun ingat anak sendiri yg nangis..kelam kabut kat dlm bilik air tu.

Hari kedua Qalysh kat hosp. Kajang ingat kuning dia makin kurang..tp makin naik plak. Berderau darah bila nurse baca result dia..nangis lagi mama. Masalah terbesar yg membuatkan kuning dia makin naik adalah dia xnak tido bawah lampu..lepas nyusu dh tido bila letak je dlm cot, bukak lampu terus nangis..lagi 1 dia rimas sbb kena pakai spek mata..huhu..tangan dia asyik dok tenyeh mata sampai terjatuh spek zorro tu..mmg dia xsuka mmg dia rimas..baby lain elok je duduk bawah lampu minyak tanah (eh, UV LED la..)..time tu dok pk la nk bg si Qalysh ni mkn apa bg cepat sikit turun kuning dia..abeh tanya mama2 yg dekat dalam wad tu..mcm2 patua la depa bg...bg air sengkuang cina la..susu kambing la..mandi dgn air inai la..mandi daun belimbing la..mcm2 lg la...Last daddy g cr susu kambing & msk. Bg Qalysh mnm 3 titik & sapu kat muka.


Esoknya result kuning dia turun la skit. Alhamdulillah...turun walaupun x byk. Mmg harap sgt hari esoknya Qalysh dh boleh discharge. Bila tunggu result mama sgt berdebar2..huhu..bila nurse baca bacaan kuning dia terus rasa mcm nk menjerit..uwwwwaaaaa....result dia Ya Allah sikitnya turun..mmg nangis gila2 la time tu...nangis anak x boleh kuar wad lg...takut meroyan je. Mmg sedih sbb baby lain masuk 2 mlm je..pastu mesti boleh kuar.. Qalysh ni dh masuk 4 mlm tp xbleh kuar lg. Mlm2 mmg xlena tido..ssh ati punya pasal..time ni mmg mcm2 pk. x sanggup nak hadapi..dengar dia nangis pagi2 sbb kena cucuk amek darah pun mama nangis sekali.



Hari ke-5 doktor yg check Qalysh pg2 tu ckp Qalysh dh blh kuar. Yeayy..ari ni boleh balik. Start mlm 27/11/2010 - 02/12/2010. Lega sgt. x sabar nk balik umah..kemas sumer barang. Tggu daddy dtg tgh ari 2. Suh daddy cpt2 settlekn dgn nurse 2 takut nnt kena thn x blh blk lg. Ddk umah nanny jap pas2 blk umah Tok Umi kat Senawang. Tp mama still takut kuning Qalysh naik lg. Pg2 jemur, mandikan dgn ubat kuning yg dibeli dekat kedai cina & bg susu kambing.

Akhirnya Alhamdulillah..Qalysh terhindar dr jaundice dh..

Demam Kuning / Jaundis pada bayi

Sunday, March 13, 2011

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.

Apakah penyebab jaundis

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:

  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang berlainan.
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran


Jenis-jenis jaundis


Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
  1. Jaundis Normal/Physiologic
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
  1. Jaudis Pathologic
Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.
  1. Jaudis Susu Ibu
Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

Rawatan

Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
  1. Jaundis Normal/Physiologic
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
  • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
  • Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
  • Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
  • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
  • Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
  1. Jaudis Pathologic
Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah. Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
  1. Jaudis Susu Ibu
Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.

Adakah ianya merbahaya?

Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy. Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu. Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.

Induce

Kenapa perlu Induced?


Kebanyakkan dari wanita akan melahirkan secara semula jadi, tetapi segelintir daripanya mungkin memerlukan sedikit pertolongan. Mungkin disebabkan oleh lebih jangka lahir atau mengalami masalah perubatan yang memerlukan mereka melahirkan awal dari yang dijangka. Ia dilakukan sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada diluar rahim daripada didalam rahim. Sebab yang paling utama untuk induce ialah apabila kelahiran sudah melebihi dari jangkaan. Sebab lain pula termasuk darah tinggi, bayi yang terbantut tumbesaran, pendarahan faraj yang tidak diketahui punca, kencing manis dan pecah air ketuban.


Sekiranya anda perlu menjalani ‘induced’ soalan yang kerap ditanya ialah, adakah ia menyakitkan? Apakah yang membezakannya dari kelahiran normal? Apa yang akan digunakan untuk ‘induced labour’ ini?


Untuk yg x tau apa itu induce, ianya adalah sejenis ubat utk mempercepatkan proses kelahiran. Induce tu satu kaedah untuk doktor alirkan ubat mengandungi hormon ke dlm darah untuk melancar proses pengecutan rahim (kontraksi) supaya cepat bersalin. Ubat ini akan dimasukan kedalam vagina dan mengambil masa 6 jam untuk berkesan. Kadang-kadang doktor akan memasukkan dos kedua sekiranya pangkal rahim masih tertutup rapat. Bila kontraksi rapat dan kuat, doktor akan pecahkan selaput dan air mentuban akan mengalir keluar. Bayi akan lahir dalam masa 30 minit – 1 jam tp ianya bergantung pd ibu itu sendiri. Ia bertujuan mempercepatkan proses bayi dilahirkan jika doktor bimbang bayi akan lemas dan boleh maut.

Detik kelahiran...1st experience

Wednesday, March 9, 2011

Berdebar2 hati mama & daddy menunggu kelahiran baby sulung kami ke dunia ini. Girl/boy pn kami x tau coz bl doktor scan, x dpt d pastikan jantinanya. Due mama dh lewat dr tarikh jangkaan mama bersalin pd 19 Nov 2010 tp xder lg tanda2 untuk melahirkan. Hari yg ke-7 slps due, ader darah kuar tp setompok je & x skt pn. So,mama bt biasa je la. 3x mama trn darah & daddy bwk mama g check kat hosp. Serdang. Ingatkn just nk periksa je tp mama kena thn wad mlm 2 jgk.

Nurse slalu dtg check mama & baby.prosedur hosp. Cian kat daddy. Smpi ttido2 dlm kete nk tggu time melawat. Nk ulang alik buang ms plak. Tgh hari esknya mama kena induce. Doctor ckp nurse akan check mama & baby 1 jam & doctor akan check bukaan 6 jam lps induce. 10 min lps induce mama dh rs skt. Tp ptg 2 mama btl2 x thn lg. Skt dtg setiap 2 min. Skt sgt2 smpi nangis.


Kebetulan mak & kakak daddy ader. Dieorg la yg tlg mama pgglkn doctor. Bl doctor check bukaan dh bkk 4cm. Time 2 jgk nurse bg ubat berak & bwk mama ke labour room. Smpi labour room mama bgtau nurse yg mama nk berak tp nurse ckp 2 la tanda2 nk bsalin. hehehe....mn la mama tau.1st time kn. nurse suh naik katil. Nurse & doc x ready lg tp mama dh teran. kalam kabut dieorg. mn la leh thn klu dh skt mcm 2.

Mama x pk aper2 time 2. yg penting segalanya selesai cpt. Tq daddy sbb ader dsmping mama time 2. Jam pkl 6.38pm & lahirlah seorang baby boy seberat 2.98kg ke dunia ni pada 26 Nov 2010 hari jumaat (penghulu segala hari). Doctor bgtau jantina baby & trus ltk baby d dakapan mama. Mama x tau np mama nangis time 2. Bersyukur,gembira,t'haru,lega.....mama mana yang tidak rasa gembira bila anak yang dikandung selama sembilan bulan telah selamat dilahirkan ke dunia. Nurse bersihkn baby & daddy m'azankan.


Berikut adalah amalan2 sunat d lakukan bg menyambut kelahiran baby :
  1. Azan dan iqamat (DONE)
    -Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
    -Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
    Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”
  2. Membaca surah al-Ikhlas (DONE) dan ayat 36 surah al-Imran.
    -Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.
  3. Memberi nama yang baik (DONE)
    -Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.
    Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”
  4. Tahnik *Belah Mulut (DONE)
    -Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.
    -Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.
  5. Cukur rambut (DONE)
    -Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari. (Daddy cukur rambut baby ms usia bby 2 mggu).
    -Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.
    -Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
    -Adalah dilarang membuat jambul.
    Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”
  6. Aqiqah (Ujung bln 4 nnt, Insyaallah)
    -Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
    Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”

    -Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).
    Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”

    -Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.
    Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan".

i'm back

Wednesday, March 2, 2011

Lama dh tgglkn blog ni.Dr 2007 smpi skg br teringat penah bt blog ni.Tbengkalai je.Skg ni br nk start blk.so slow skit la.Story about my new family.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers