Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Salam Ramadhan 2013M / 1434H

Wednesday, July 10, 2013



Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem.. Hari ni 1 Ramadhan 1434H / 10 Julai 2013M. Dah tiba masa kita mengerjakan Rukun Islam yg ke-3 utk tahun ni. Alhamdulillah, we are here 2 celebrate Ramadhan once again. Marilah kita memanjatkan setinggi2 kesyukuran ke hadrat Allah SWT krn dgn keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dgn bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni. 

Salam Ramadhan buat daddy yg jauh dimata tp dekat di hati. ermmm......jeles pulak tengok orang lain update status berpuasa dgn suami. kita lak suami jauh..sob sob sob.. ok la. at least ada anak2 kan * ayat sedapkan hati..kuikuikui. Selamat menjalani ibadah puasa daddy. Semoga tahun ni memberi 1001 erti yg bermakna buat kita sekeluarga. Bila dlm kata perbuatan tergores salah & khilaf, mama mohon ampun & maaf atas segala2nya.

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa buat umat muslimin & muslimat semua. 
Tak ada kata seindah zikir,
Tak ada bulan seindah Ramadhan,
Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf utk lisan yg tak terjaga, janji yg terabaikan, hati yg slalu berprasangka & sikap yg pernah menyakitkan.

Kami sekeluarga mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat umat Islam semua. Jgn lupa niat puasa yea!!!Kalau lupa meh mama ingatkn doa2 ni.




Marhaban yaa Ramadhan,
Mohon Maaf Zahir & Batin.

Salam Ramadhan 2011M / 1432H

Monday, August 1, 2011



Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah… ni 1st time Qalysh bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. Kehadiran Ramadhan dapat dirasai setahun sekali sahaja. Oleh itu mungkin ada yang telah lupa niat dan doa berbuka puasa. Mari kita baca kembali niat dan doa yang mama Qalysh sediakan ni:


Lafaz niat untuk sebulan puasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala.


Lafaz Niat Puasa (harian)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala.


Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Perkataan yg indah adlh “ALLAH”
Lagu yg merdu adlh “ADZAN”
Media yg terbaik adlh “AL QUR’AN”
Senam yg sehat adlh “SHALAT”
Diet yg sempurna adlh “PUASA”
Kebersihan yg menyegarkan adlh “WUDHU”
Perjalanan yg indah adlh “HAJI”
Khayalan yg baik adlh ingat akan “DOSA&TAUBAT”


P/S Mama Qalysh :-

Bila dalam kata perbuatan tergores salah & khilaf, dgn segala kerendahan hati terucap mohon maaf setulus2nya. Marhaban ya Ramadhan, maaf zahir dan batin. Selamat menunaikan ibadah puasa 2011M / 1432 H.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers