Salam Ramadhan 2011M / 1432H

Monday, August 1, 2011



Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah… ni 1st time Qalysh bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. Kehadiran Ramadhan dapat dirasai setahun sekali sahaja. Oleh itu mungkin ada yang telah lupa niat dan doa berbuka puasa. Mari kita baca kembali niat dan doa yang mama Qalysh sediakan ni:


Lafaz niat untuk sebulan puasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala.


Lafaz Niat Puasa (harian)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala.


Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Perkataan yg indah adlh “ALLAH”
Lagu yg merdu adlh “ADZAN”
Media yg terbaik adlh “AL QUR’AN”
Senam yg sehat adlh “SHALAT”
Diet yg sempurna adlh “PUASA”
Kebersihan yg menyegarkan adlh “WUDHU”
Perjalanan yg indah adlh “HAJI”
Khayalan yg baik adlh ingat akan “DOSA&TAUBAT”


P/S Mama Qalysh :-

Bila dalam kata perbuatan tergores salah & khilaf, dgn segala kerendahan hati terucap mohon maaf setulus2nya. Marhaban ya Ramadhan, maaf zahir dan batin. Selamat menunaikan ibadah puasa 2011M / 1432 H.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers