Awal Mengandung

Tuesday, April 5, 2011


Setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan zuriat bagi menyambung keturunan & pengikat kasih suami isteri. Pengalaman mengandung sulung bagi sesetengah ibu amat menyeronokkan dan bagi sesetengah ibu yang lain pula, mungkin mendatangkan masalah dan dibelenggu perasaan takut kerana perubahan yang ketara dari segi fizikal dan mental.


Bulan pertama & ke-2 selepas majlis walimah xder tanda2 mama mengandung. Kecewa jgk la. Niat daddy nk mama mengandung sblm daddy naik kapal. Msk bln ke-3 period mama lewat seminggu. Daddy dh xcited suh check samada +ve / -ve. So mlm lps mkn d sup meletop kat Bdr Tasik Selatan, kami g bl pregnancy test kat kedai runcit dpn sup meletop 2. Blk umah trus wat test. Alhamdulillah. Tp utk sahkn sumer ni esknya mama & daddy g klinik sentral, Sri Petaling utk wat check up & scan. Keputusannya 'SAH ANDA HAMIL 2 MINGGU'. Indahnya saat 2. Gembira sgt2.

Ibu yang mengandung seharusnya membuat persediaan rapi dalam menghadapi saat-saat kehamilan. Ini bagi memastikan kesihatan diri dan kandungan berada dalam keadaan yang baik. Selain dr btanyakan pendapat & pengalaman ibu2 yg ln, mama slalu gak cr info2 kat internet. Mn yg baik & ok mama ikut. X slh kn asalkan x memudaratkan baby & mama. Selain itu, suami juga perlulah memberikan sokongan kepada isterinya agar si isteri tidak menghadapi tekanan dalam tempoh kehamilannya. Tp mama kena hadapi sumer ni sorang2. Daddy g belayar 3 bulan. Daddy cm dpt bg sokongan dr jauh. 2 pn dpt ckp dgn daddy seminggu skali je. Ms kandungan mama 6 bln br daddy blk. Ms 2 br mama dpt shopping brg2 utk baby.

Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Pada waktu ini ibu tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Tp tiap2 ari mama nangis. huhuhuhuaaaaaaa...........

Dalam proses pembesaran bayi dalam kandungan, si ibu akan merasakan lenguh di bahagian kaki. Bahagian betis, peha dan jari-jari kaki akan terasa sakit dan adakalanya ia boleh menyebabkan kebas atau kejang. Sakit seperti ini biasa berlaku di kalangan ibu yang mengandung. Bl daddy xder mama tpaksa urut kaki & thn sakit sorang2.

Semasa mengandung, kulit di bahagian perut dan payudara akan menjadi tegang, ini kerana anak di dalam kandungan yang semakin membesar. Ketegangan kulit di perut dan payudara akan menyebabkan ia kering dan gatal. Bagi mengelakkan kekeringan kulit, ibu-ibu digalakkan menyapu bahagian yang kering itu dengan baby oil atau minyak zaitun. Ibu-ibu juga diingatkan supaya tidak menggaru kulit yang kering itu kerana ia akan memudaratkan. Mama beli minyak zaitun tp bl tdo kadang2 mama x sedar yg mama garu. Tue yg bertanda smpi skg lum ilang2 lg.


Susu Mama + Susu Formula

Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.


Tp ms Qalysh kena jaundis kat Hospital Kajang mama terpaksa amik susu tambahan kat cna sbb bl pam pn susu xnk keluar. Susu mama x ckp utk Qalysh. Doktor bg mama ubat utk merangsang susu keluar. Ye la....dh seminggu bersalin x urut2 lg. Mama terpaksa bg susu tambahan guna picagari je coz nurse x bg pakai botol susu.


Keluar je dr Hospital, daddy bl susu formula utk Qalysh. Mula2 bg susu snow tp Qalysh kembung perut. Tukar susu Novalac tp Qalysh cirit-birit plak. Tukar S-26, Lactogen still cirit-birit. Last bg anmum br ok.




Masa dlm pantang mama bg Qalysh Susu Mama + Susu Anmum smpi skg. Tiap2 hari mama perah susu & simpan dlm freeze. Weekend mama bwk blk umah tok umi utk tmbh stok.



Majalah Bulanan

Rase macam tak percaya jer mama beli majalah Pa& Ma / Mami & baby. Dulu nak pandang majalah nie pun tak pernah. Nak jeling pun tidak kat majalah nie. Sejak2 jadi mama nie, terpanggil lak untuk beli majalah nie hehe..Mungkin dah sampai seru kot nak beli majalah yang berbentuk keibu bapaan nie..sungguh tak percaya..

Dulu majalah yang paling mama suka beli Majalah Rapi, dara..Ikut peredaran masa kot..Mase bujang nak kurus sgt beli majalah Rapi. Mase nak kawin pulak, banyak rujuk majalah Pengantin. Bile dah kawin, beli lah majalah Wanita…Nah, skang dah nak ade baby, kenalah beli majalah Pa&Ma, Mami baby..kuikuikui..

Apepun parents out there kena dapatkan Pa&Ma / Mami & baby. Senang nk bt rujukan & dpt info2 yang baik.



Amalan-amalan ketika mengandung

Monday, April 4, 2011

Masa mama mengandungkan Qalysh, daddy belikan cd surah2 amalan ketika mengandung. So, biasanya bl mama pg & blk keje mama akan bkk cd 2. Mengaji juga di galakkan utuk menjadi amalan setiap hari agar anak yang bakal lahir nanti akan mempunyai sifat2 yang mulia untuk di contohi. Selain itu ia juga dapat mendekatkan lagi kita dengan tuhan dan semoga tuhan memudahkan perjalanan kehamilan kita. Jadi amal2kan lah selalu okay, sehari sekali pun dah memadai.


    • Al-Fatihah dan ayat Kursi
    • Seluruh surah Yassin
    • Seluruh surah At-Taubah
    • Seluruh surah Yusuf
    • Seluruh surah Luqman
    • Seluruh surah Maryam
    • Surah An-Nahl ayat 78
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
    • Surah Al-A'raf ayat 189

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.

Mama jgk minum Anmum Materna. Ia bagus untuk perkembangan minda dan pertumbahan otot yang baru hendak di bina dalam kandungan kita. Pasti semua tahu tentang khasiat meminum susu kan? Susu juga memberi kalsium kepada ibu dan bayi. Jika kita kurang minum susu, bayi akan menyerap semua kalsium dalam tubuh kita untuk membina ototnye sendiri. Ini akan mengakibatkan badan kita akan terase sakit2 sendi, sakit gusi dan juga sakit2 otot jika kita kekurangan kalsium. Mama slalu minum air soya & kelapa. Byk lg benda yg mama bt tp mama pn x berapa nk ingat. Tanya pendapat org mana yg baik mama ikut je. Janji leh telan hehehehe......


Mama amik asid folic 2 kali sehari seperti yang di nasihatkan oleh doktor. Di peringkat awal kehamilan asid folic sangat penting supaya memberi pertumbuhan yang baik kepada bayi. Jika kita kurang mengambilnya, di khuatiri akan terjadi seperti kandungan pra matang atau kandungan cacat. Jadi, asid folic sangat2 penting dan wajib diambil sepanjang waktu kehamilan ini. Jangan sesekali abaikan okay.


Zat makanan ini membina plasenta yang kuat, membolehkan badan kita mengelakkan jangkitan dan membantu penyerapan ferum. Untuk zat ini mama suka mengamalkan makan sayur-sayuran seperti sayur bayam, kubis, kangkung & tempe. Paling kurang sekali sehari pasti menjadi menu dalam pemakanan mama.


Cuba lah makan pelbagai makanan yang kaya dengan sumber protein seperti daging ayam, ikan,telur daging merah tanpa lemak dan mentega kacang. Makanan ni sangat berkhasiat bukan sahaja dalam membina pertumbahan bayi tetapi juga bagi ibu mengandung.


Kalsium penting untuk memastikan perkembangan sihat tulang dan gigi bayi kita yang mula terbentuk kira-kira dari minggu ke lapan. Kita memerlukan kira-kira 2 kali ganda kalsium berbanding daripada biasa. Sumber zat yang mama suka amalkan pada peringkat ini ialah roti putih, ikan sardin dan juga keju. Pada waktu nie, mama suka sangat makan-makanan seperti ini. Hmmmm sedappp…


Kurma sangat bagus untuk pertumbuhan bayi. Mungkin ramai yang sudah tahu kebaikan dan khasiat buah kurma ini. Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W juga amat menggemari buah kurma untuk di makan setiap hari.

Kismis juga tidak kurang hebatnye. Di dalam Al-Quran juga ade menyebut tentang khasiat buah kismis ini terutamanye dalam pertumbuhan otak dan minda bukan sahaja untuk bayi malah kepada ibu juga. Amalkan 7 biji sehari serta berselawat pun sudah memadai.


Kekacang seperti badam & pitascio sangat2 lah mama gemari pada peringkat awal kandungan ini. Bukan sahaja sedap untuk di nikmati tetapi juga bagus untuk perkembangan sihat anak mama. Ini telah terbukti dengan mengamalkan kekacang seperti ini baby akan kelihatan cerdas dari segi minda dan fizikal. Tak percaya? Sama2 kita cuba okay.


Semua orang tahu khasiat memakan buah-buahan kan? Selain menjadi serat dalam pemakanan yang boleh membantu masalah sembelit, ia juga boleh diambil banyak setiap hari kerana khasiat yang sangat tinggi.


Minumlah air suam atau air mineral setiap hari. Kalau boleh amalkan 8 gelas setiap hari dan kurangkan pengambilan minuman yang berkafein kopi dan teh. Jika boleh berhenti terus dari meminum minuman seperti ini kerana memberi kesan yang membahayakan sistem penghadaman. Jadi, air mineral adalah terbaik untuk badan kita dan bayi buat masa ini. Amalkan okay.


Ape sahaja amalan yang kita lakukan, fikirlah tentang kebaikan yang tersirat di sebalik amalan itu. Ok lah, sampai sini sahaja mama nak kongsi. Sehingga berjumpa lagi..(Ceh!dah macam rancangan tv laks)..Byesss!!

Gaya Tido





Qalysh & Daddy



Tgk gaya tido Daddy & Qalysh....Mama sempat snap pic. Nice
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers