- Al-Fatihah dan ayat Kursi
- Seluruh surah Yassin
- Seluruh surah At-Taubah
- Seluruh surah Yusuf
- Seluruh surah Luqman
- Seluruh surah Maryam
- Surah An-Nahl ayat 78
- Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Zat makanan ini membina plasenta yang kuat, membolehkan badan kita mengelakkan jangkitan dan membantu penyerapan ferum. Untuk zat ini mama suka mengamalkan makan sayur-sayuran seperti sayur bayam, kubis, kangkung & tempe. Paling kurang sekali sehari pasti menjadi menu dalam pemakanan mama.
Cuba lah makan pelbagai makanan yang kaya dengan sumber protein seperti daging ayam, ikan,telur daging merah tanpa lemak dan mentega kacang. Makanan ni sangat berkhasiat bukan sahaja dalam membina pertumbahan bayi tetapi juga bagi ibu mengandung.
Kalsium penting untuk memastikan perkembangan sihat tulang dan gigi bayi kita yang mula terbentuk kira-kira dari minggu ke lapan. Kita memerlukan kira-kira 2 kali ganda kalsium berbanding daripada biasa. Sumber zat yang mama suka amalkan pada peringkat ini ialah roti putih, ikan sardin dan juga keju. Pada waktu nie, mama suka sangat makan-makanan seperti ini. Hmmmm sedappp…
Kurma sangat bagus untuk pertumbuhan bayi. Mungkin ramai yang sudah tahu kebaikan dan khasiat buah kurma ini. Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W juga amat menggemari buah kurma untuk di makan setiap hari.
Kismis juga tidak kurang hebatnye. Di dalam Al-Quran juga ade menyebut tentang khasiat buah kismis ini terutamanye dalam pertumbuhan otak dan minda bukan sahaja untuk bayi malah kepada ibu juga. Amalkan 7 biji sehari serta berselawat pun sudah memadai.
Kekacang seperti badam & pitascio sangat2 lah mama gemari pada peringkat awal kandungan ini. Bukan sahaja sedap untuk di nikmati tetapi juga bagus untuk perkembangan sihat anak mama. Ini telah terbukti dengan mengamalkan kekacang seperti ini baby akan kelihatan cerdas dari segi minda dan fizikal. Tak percaya? Sama2 kita cuba okay.
Semua orang tahu khasiat memakan buah-buahan kan? Selain menjadi serat dalam pemakanan yang boleh membantu masalah sembelit, ia juga boleh diambil banyak setiap hari kerana khasiat yang sangat tinggi.
Minumlah air suam atau air mineral setiap hari. Kalau boleh amalkan 8 gelas setiap hari dan kurangkan pengambilan minuman yang berkafein kopi dan teh. Jika boleh berhenti terus dari meminum minuman seperti ini kerana memberi kesan yang membahayakan sistem penghadaman. Jadi, air mineral adalah terbaik untuk badan kita dan bayi buat masa ini. Amalkan okay.
Ape sahaja amalan yang kita lakukan, fikirlah tentang kebaikan yang tersirat di sebalik amalan itu. Ok lah, sampai sini sahaja mama nak kongsi. Sehingga berjumpa lagi..(Ceh!dah macam rancangan tv laks)..Byesss!!
2 comments:
wow..sgt interesting info awak ni..
thanks for sharing..
btw, nk tnya sket..awak masa 1st peknen dulu mmg mnum soya ngan air kelapa eih?
soya tu mmg bagus la..tp airkelapa tu mcm musykil sket...huhu,,,
dulu sy nk mnum, tp dilarang keras oleh org2 lama...sobh=(
smpai peknen yg kedua ni pon sy masih takot nk mnum kelapa..diorg kata tajam..ntah yer ntah x..
tp sy tgok awak ok jew kan..?mknanye xde ape2 la tu kan,..?
sepanjang tempoh mengandung mmg slalu mnm soya cm dh nk dekat bersalin br start mnm air kelapa.ntah la.ok je.ni pn kwn opis yg cadangkn mnm air kelapa.senang bersalin katanya.leh jd pelincir. tp x tau la btl ke x.so far setakat ni sumer ok. Asalkan baik sy ikut je apa org ckp. x slh mencuba.
Post a Comment