Bila Suami Kerja Offshore..

Thursday, February 16, 2012



Td ms daddy kol daddy tanya mama watpe? mama bgtau yg mama tgh update blog. Citer psl Qalysh. So daddy ckp xkn citer psl Qalysh je.xder citer psl kt ker? Ok.....now mama bkk story psl daddy k syg!!!!

Pertama kali daddy sign on ms tu mama br dpt tau yg mama mengandungkn Qalysh. Anak 1st yg mmg mama & daddy tunggu2. Daddy mmg rancang bl mama sah hamil je br daddy sign contract utk naik kapal. Mmg berat hati nk lpskn tp sbb itu punca rezeki kami mama terpaksa. 3 bulan mama d tinggalkn. Mama plak ms tu masih kerja d Smart Tunnel & tinggal d rumah nanny (mertua). Pg2 bgn drive g keje dgn jln kl yg jem......kdg2 kaki mama kejang sbb asyik tekan klac tp alhamdulillah xder aper2 yg jd. Ptg blk keje pn tpaksa tempuh jem. Bl mlm tetiba kaki kejang......skt pinggang......bl rs baby bgerak2 xder org nk tlg urutkn(sm mcm yg mama rs skg ni)....xder teman nk luahkn time tu. Ssh senang.....sedih gembira.....tpaksa pendam sendiri. Ms daddy kol br leh citer. tu pn x semua yg sempat nk citer. Mula2 tu mmg slalu asyik nangis je. Bl daddy kol mmg xleh ckp aper2 pn....nangis je la.

Tp lm2 mama leh terima keadaan tu. Lps bersalin plak bl weekend mama blk Senawang umah Tok Umi tgk Qalysh. Nasib baik ms mama bersalin & dlm pantang daddy ader dcc mama. Thanx daddy. Tp 4 bln lps pantang daddy suh mama benti keje. Tinggal kat Senawang jaga Qalysh. Skg ni Qalysh dh setahun lbh. Bl daddy kol je byk citer psl Qalysh. Qalysh yg semakin lasak & byk ragam.

Biler suami kerja offshore ni, walaupn tinggal dgn family tp ttp rs sunyi... Sememangnya mama kena tabah. Qalysh & baby pun kene kuat dan tabah... Daddy kita x mcm org lain... Kita selalu kene tinggal... Tapi kita kene bersyukur... Sebab daddy kita seorang yg sgt bertanggungjawab & penyayang... daddy kita adalah anugerah buat kita bertiga.

Walaumcmnepun, mama kene redha... Itulah kerja yang menjadi rezeki kami sekeluarga,.. daddy penat keje kat sana.....daddy pun mesti rindu kat kita.....kat cni ader mama,Qalysh & baby tp daddy sorang2 je kat cna....so daddy pun kene kuat dan tabah....

Ms mama blogwalking td, mama terjumpa puisi ni kat slh satu blog yg mama tgk....

cinta seorang pelaut
apabila seorang pelaut jatuh cinta,
maknanya pasangan pelaut itu mesti seorang yang luar biasa,
apabila seorang pelaut itu memilih pasangan,
maknanya pasangan pelaut itu seorang yang tabah dan setia,

apabila seorang pelaut itu ingin berkahwin,
maknanya pasangan pelaut itu tahu apa yang bakal dihadapinya,

ini kerana,
apabila pelaut itu sudah belayar,
pasangannya akan ditinggalkan di daratan,
menjalani kehidupan tanpa suami,
membesarkan anak seorang diri,
memikul tanggungjawab seorang diri,

oleh itu,
jika anda sanggup menjadi pasangan seorang pelaut,
maknanya, cinta anda begitu tinggi nilainya.......
..................................&.........................................

itulah kenyataannya coz mama btl2 menyintai daddy dgn sepenuh jiwa & raga. Mama tlalu sygkn daddy & berharap daddy sentiasa dcc mama wpun jauh d mata tp tlalu dkt d hati & xkn kecewakn mama serta anak2.

DADDY.........MAMA,QALYSH & BABY SYG DADDY SGT2.... DADDY JAGA DIRI BAIK2.. KERJA ELOK2.. KTORG TUNGGU DADDY BALIK... LOVE U SO MUCH....MISS U DADDY.

Keputusan test darah Qalysh


Pd 17/01/2012 tiba la ms Qalysh g Klinik Pakar Kanak-kanak HTJS utk tau result darah yang dh d ambil byk2 kali tue. Tp hampa sbb sample darah yg pihak Hosp.amik ari tu rosak. So dieorg suh dtg blk temujanji pd 14 feb lps. Tp seminggu sblm tu kena dtg utk amik drh dl. kn ke kesian bdk tu asyik kena amik drh je. Nk xnk kena la serahkn Qalysh utk d cucuk lg.

14hb ari tu mama g klinik pakar dgn Qalysh & Tok Umi je sbb daddy dh naik kapal. Setelah bkali2 bt ujian darah, akhirnya paed di HTJS mengesahkan Qalysh menghidap penyakit disebabkan oleh sel darah merah Qalysh berbentuk bulat. berbeza dgn kt yg normal berbentuk cakera. Tue sbb bdn Qalysh xleh terima & proses drh merah dgn baik. Memang dah lama kami nantikan keputusan ujian darah ini sebab selama ni sepanjang pemeriksaan dan sesi temujanji di Klinik Pakar Kanak-kanak HTJS, paed tak dapat pastikan apa sebenarnya penyakit Qalysh.

SFEROSITOSIS HEREDITER

Sferositosis Herediter adalah penyakit keturunan dimana sel darah merah berbentuk bulat. Sel darah merah yg bentuknya berubah & kaku terperangkap dan dihancurkan dalam limpa, menyebabkan anemia dan pembesaran limpa. Anemia biasanya ringan, tetapi blh jd semakin berat jika terjadi infeksi. Biasanya tidak diperlukan rawatan, tetapi anemia yang berat mungkin memerlukan tindakan pembuangan limpa. Tindakan ini tidak memperbaiki bentuk sel darah merah, tetapi mengurangi jumlah sel yang dihancurkan dan krn itu memperbaiki anemia. (paed bgtau Qalysh x teruk wpun darah merah kurang.lgpn Qalysh aktif,mkn byk,mnm byk,lasak. Paed ckp Qalysh masih leh bt xtvt sm mcm bdk2 yg ln cm kena pastikan Qalysh x pucat & kena sentiasa follow up & g klinik pakar utk pastikan xder pembengkakan limpa & kena amik folic asid setiap hari).

Pada manusia, sel darah merah dibuat di sumsum tulang belakang, lalu membentuk kepingan bikonkaf. Di dalam sel darah merah tidak terdapat nukleus. Sel darah merah sendiri aktif selama 120 hari sebelum akhirnya dihancurkan.(tp paed bgtau yg drh merah Qalysh aktif kurang dr 120 hari).

Pembuangan sel darah merah blh terjadi krn:

- sel darah merah memiliki kelainan bentuk
- sel darah merah memiliki selaput yang lemah dan mudah koyak
- kekurangan enzim yang diperlukan supaya blh berfungsi sepatutnya dan enzim yang menjaga kelenturan sehingga memungkinkan sel darah merah mengalir melalui pembuluh darah yang sempit.
- kelainan sel darah merah tersebut terjadi pada penyakit keturunan tertentu.

So next temujanji Qalysh 4 bln akan dtg. Mayb time tu mama dlm pantang & daddy la yg kena bwk Qalysh g jmp paed plak. Mama hrp & bdoa smoga Qalysh d jauhkn drp sgala penyakit merbahaya.Amin.