Resepi utk Qalysh

Monday, June 20, 2011


Rasenye hari2 kalo letak carrot, kentang.. mmg Qalysh tutup mulut da..…xmo mkn. Seminggu ok lagi tp masuk mggu ke-2 dah takmo dah.. Jom kongsi2 resipi... mane tau leh tukar hari2 nye menu...


Antara makanan yang sesuai dijadikan makanan pertama bayi ialah :-
* Bubur nasi yang dikisar halus. Gunakan beras perang untuk lebih khasiat.
* Pisang lenyek
* Ubi keledek, labu, brokoli, kacang pis,asparagus yang telah dimasak dan dikisar menjadi puri
* Buah epal, pir dimasak dan dikisar menjadi puri
* Bijirin segera permulaan tanpa susu dan perasa


BUBUR NASI + IKAN

Segenggam beras
Kangkung
Ikan

Beras hendaklah dimasak hingga kembang, kemudian dilecek dengan sudu dalam tapis yang elok jarangnya, begitu juga kangkung direbus dan dilecek. Ikan direbus kemudian dibuang tulangnya.
Lepas itu digaul dengan nasi dan kangkung yang sudah dilecek tadi.


BUBUR NASI + SAYUR2AN

Segenggam beras
1/2 biji kentang kecil
1/2 biji karot
sedikit ikan bilis

cara masak, sama juga mcm memasak bubur nasi + ikan tu.


BUBUR BERAS MERAH

Beras merah ( cari kat shopping complex, agak mahal sket bbanding dgn beras lain tp berkualiti & bkhasiat)
Ikan / Daging / Ayam ( Pilih salah satu & rebus)
Kentang
Carrot
Sayur Bayam merah (daun hijau + merah tu..tinggi kalsiumnya)

cara masak, sama juga mcm memasak bubur nasi + ikan tu.


BABY'S DESSERT DPT DR WEB HEINZ..
sesuai utk bb 4+ months old. very yummy..Qalysh suke sgt =)

* 100ml susu formula/breastmilk
* 2 tsp tepung custard

1. panaskan susu (jgn sampai didih). dlm mangkuk lain,bancuh tepung dgn sedikit air. masukkan tepung tu..kacau sampai pekat
2. simpan dalam peti ais & hidangkan sbg dessert.


BUBUR

* 1 sudu nasi
* 1/4 keping tauhu
* 1/4 keping dada ayam - potong dadu
* 3 hiris lobak merah
* 3 kuntum kecil brokoli


Kukus semua bahan.. Lenyek @ kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu....Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...

BUBUR NASI DAN KURMA

* 3 sudu nasi yang telah dimasak
* 1/4 cawan air suam
* 2 biji kurma dibuang bijinya

Caranya...Masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar halus & hidangkan.

Menu Qalysh utk ari ni

























Bubur Nasi Baby


Sesetengah ibu selesa mberikn baby mereka bijirin segera yang dibeli di kedai2. Namun ramai juga yang rasa lebih yakin mberikn baby mereka bubur nasi yang dmasak sendiri. Memasak bubur nasi baby x rumit, cuma ianya agak leceh. Ianya boleh dipermudahkan, jika kreatif mcuba cara baru...

Cara 1

  1. Masak nasi seperti biasa.
  2. Ambil nasi mengikut kadar yang baby makan.
  3. Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar.
  4. Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu.
  5. Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat.

Cara 2

  1. Masak nasi seperti biasa.
  2. Apabila nasi hampir kering, cedukkan sedikit nasi (amaun bubur yang baby makan) dan masukkan ke dalam mangkuk yang tahan panas.
  3. Masukkan air mendidih ke dalam nasi dalam mangkuk tadi.
  4. Letakkan mangkuk tadi di atas nasi sebelum anda menutup periuk nasi dengan penutupnya.
  5. Biarkan sehingga nasi masak dan bubur nasi baby lembut.
  6. Ini untuk baby yang besar sedikit.

Cara 3

  1. Beras dicampur dengan air dengan nisbah 1 beras : 4 air.
  2. Masak dengan api kecil sehingga beras kembang dan pecah.

Cara 4

Masak menggunakan slow cooker.

Keje baru Mama...

Sunday, June 5, 2011

Menjadi suri rumahtangga sepenuh masa ada yang kata best. Ada yang kata bosan, ada yang kata penat. Sebenarnya semuanya betul tp bosan tu memang xde kot? Sumer suri rumahtangga sepenuh masa akan mengakui bahawa kerja kat rumah x penah selesai . Lps satu kerja ada satu kerja lg nk dbuat . Lebih2 lg anak ramai dan kecik2 sure x menang tangan nk bt semuanya. kalau surirumah boring sebab xde benda nk bt....alamat rumah mcm kapal Titanic kat dasar laut la hehehe....


Daddy suggest mama resign & jadi suri rumahtangga after deliver. Jaga anak: lol: ...memang lah best dok umah, setelah bertahun bekerja..tapi mama takut boring jer. Daddy terus mendesak mama utk berhenti kerja. Alasannya, tempat isteri menjadi ibu, mengasuh anak dan lebih mulia jika di rumah. Smpi 1 tahap mmg dh x blh berbincang lg, mama akur dgn keputusan daddy. Mama terpaksa anta surat resign. kalau suami dah arahkan, kenalah turutkan, kan?


Cuma yg x bestnyer takde duit sendiri, nak beli ape2 nak kena mintak duit daddy. Nk beli hadiah kat daddy pn....pakai duit daddy..memang la dpt elaun dr daddy tp at least kena ada gak cash dlm saving mama bulan2 knknkn....


Dh 3 hari mama menjawat jawatan sbg surirumah, semestinya tempat mama banyak dihabiskan di rumah. Aduh, rs kekok bl dh xder lg xtvt khusus utk dilakukan. Mama x pyh tergesa-gesa utk bersiap pagi2. X pyh pening2 pikir nak pakai baju dgn tudung apa hari ni. Mana nak mandi, bersolek, bentuk tudung. Xder lg situasi memandu pagi2 meredah kesesakan jalan di ibukota, ulang alik kl-senawang, mengadap kerja-kerja yang sama di opis, pening dengan politik opis yang xder kesudahan & melayan gosip2 terkini kawan2 opis hangatnya mengalahkan gosip artis. Semua 2 hanya tinggal kenangan terindah.


Bl dh benti ni kena la ready mental .....coz ye la dl kn keje. Rutinnyer ln. Environment pn ln. Maybe awal2 rs mcm stress kot coz rutin dh berubah...


Skg tumpuan mama hanya untuk Qalysh coz daddy xder. Tunggu lg 2 bln br btmbh tugas mama. Skg ni seronok la coz ddk kat umah tok umi so x byk la keje yg mama bt. Just tlg2 tok umi & jaga Qalysh yg byk ragam ni. Asyik nk org layan die je. Pas 2 sk wat O.T mlm. Apa2 pn ni la rutin harian yg mama kena wat skg. Redha & ikhlas dgn arahan suami TERsayang....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers