Bubur Nasi Baby

Monday, June 20, 2011


Sesetengah ibu selesa mberikn baby mereka bijirin segera yang dibeli di kedai2. Namun ramai juga yang rasa lebih yakin mberikn baby mereka bubur nasi yang dmasak sendiri. Memasak bubur nasi baby x rumit, cuma ianya agak leceh. Ianya boleh dipermudahkan, jika kreatif mcuba cara baru...

Cara 1

  1. Masak nasi seperti biasa.
  2. Ambil nasi mengikut kadar yang baby makan.
  3. Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar.
  4. Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu.
  5. Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat.

Cara 2

  1. Masak nasi seperti biasa.
  2. Apabila nasi hampir kering, cedukkan sedikit nasi (amaun bubur yang baby makan) dan masukkan ke dalam mangkuk yang tahan panas.
  3. Masukkan air mendidih ke dalam nasi dalam mangkuk tadi.
  4. Letakkan mangkuk tadi di atas nasi sebelum anda menutup periuk nasi dengan penutupnya.
  5. Biarkan sehingga nasi masak dan bubur nasi baby lembut.
  6. Ini untuk baby yang besar sedikit.

Cara 3

  1. Beras dicampur dengan air dengan nisbah 1 beras : 4 air.
  2. Masak dengan api kecil sehingga beras kembang dan pecah.

Cara 4

Masak menggunakan slow cooker.

1 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

samer laa baby kiter makan huhuhu