Resepi utk Qalysh

Monday, June 20, 2011


Rasenye hari2 kalo letak carrot, kentang.. mmg Qalysh tutup mulut da..…xmo mkn. Seminggu ok lagi tp masuk mggu ke-2 dah takmo dah.. Jom kongsi2 resipi... mane tau leh tukar hari2 nye menu...


Antara makanan yang sesuai dijadikan makanan pertama bayi ialah :-
* Bubur nasi yang dikisar halus. Gunakan beras perang untuk lebih khasiat.
* Pisang lenyek
* Ubi keledek, labu, brokoli, kacang pis,asparagus yang telah dimasak dan dikisar menjadi puri
* Buah epal, pir dimasak dan dikisar menjadi puri
* Bijirin segera permulaan tanpa susu dan perasa


BUBUR NASI + IKAN

Segenggam beras
Kangkung
Ikan

Beras hendaklah dimasak hingga kembang, kemudian dilecek dengan sudu dalam tapis yang elok jarangnya, begitu juga kangkung direbus dan dilecek. Ikan direbus kemudian dibuang tulangnya.
Lepas itu digaul dengan nasi dan kangkung yang sudah dilecek tadi.


BUBUR NASI + SAYUR2AN

Segenggam beras
1/2 biji kentang kecil
1/2 biji karot
sedikit ikan bilis

cara masak, sama juga mcm memasak bubur nasi + ikan tu.


BUBUR BERAS MERAH

Beras merah ( cari kat shopping complex, agak mahal sket bbanding dgn beras lain tp berkualiti & bkhasiat)
Ikan / Daging / Ayam ( Pilih salah satu & rebus)
Kentang
Carrot
Sayur Bayam merah (daun hijau + merah tu..tinggi kalsiumnya)

cara masak, sama juga mcm memasak bubur nasi + ikan tu.


BABY'S DESSERT DPT DR WEB HEINZ..
sesuai utk bb 4+ months old. very yummy..Qalysh suke sgt =)

* 100ml susu formula/breastmilk
* 2 tsp tepung custard

1. panaskan susu (jgn sampai didih). dlm mangkuk lain,bancuh tepung dgn sedikit air. masukkan tepung tu..kacau sampai pekat
2. simpan dalam peti ais & hidangkan sbg dessert.


BUBUR

* 1 sudu nasi
* 1/4 keping tauhu
* 1/4 keping dada ayam - potong dadu
* 3 hiris lobak merah
* 3 kuntum kecil brokoli


Kukus semua bahan.. Lenyek @ kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu....Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...

BUBUR NASI DAN KURMA

* 3 sudu nasi yang telah dimasak
* 1/4 cawan air suam
* 2 biji kurma dibuang bijinya

Caranya...Masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar halus & hidangkan.

2 comments:

armouris said...

lagi info tentang keledek di SIHAT SELALU - Kentang dan Keledek

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said...

salam...nice info recipe 4 baby's bubur ... ;)boleh refer nnti dpt bby baru

thanx follow ya ;)