Besday Daddy

Sunday, June 23, 2013


Hari ni 23/06 hari lahir daddy yeayyyyyyyyyyyyyyyyyy suami ku dah bertambah umurnya. Tua suda. Sedih sbb daddy xde dcc mama, Qalysh & Mayra. Syg ok?! 

xde hadiah, xde kek, xde masakan istimewa, xde apa2 yg dapat mama beri bagi meraikan hari lahir daddy sbb daddy kat tgh laut nun g tangkap ikan mencari rezeki utk keluarga kt. Kita jauh jaraknya, mama hanya mampu ungkapkan kata2 & doa dari cni.


Buat suamiku...
xde apa yg mama pinta melainkan Allah pjgkn usiamu, dberikan kesihatan yg baik, dluaskan rezeki, mencapai kebahagiaan hidup, drahmati Allah, menjadi suami/daddy/anak yg bertanggung jawab &  sentiasa berada d samping mama & anak2 suka duka. Semoga rumah tangga kita sentiasa d berkati & berbahagia hingga ke jannah :-) sayang daddy ketat2 sampai lemas x boleh bkk dah hihihi mcm ko sorang ade suami, ceh.

Selamat hari lahir sayang…
Mama sentiasa berdoa semoga kasih sayang kt akan tetap sama sampai bila2. Maaf atas salah silap yg pernah mama lakukan. Mama tau daddy sentiasa inginkan yg terbaik utk kt sekeluarga. Mama akan cuba menjadi isteri & mama yg terbaeekk untuk daddy & anak2 kt. Thanks daddy atas sgala2nya. Mama bukanlah wanita (Cinta) pertama yg muncul dalam hidup daddy selama 8 tahun perkenalan kt tp izinkan mama menjadi wanita (cinta) terakhir dalam hidup daddy yg mana akhirnya adalah syurga. 



Ya Allah,
Jadikanlah kami ini pasangan yg bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. 
Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati & kerukunan rumah tangga.
 Hiasilah hidup kami dgn perasaan kasih sayang, cinta & rindu dendam yg berpanjangan & tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati & jiwa kami dari perasaan cinta & kasih sayang kerana ia akan membawa padah yg x tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, 
Kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yg soleh & solehah. 
 Izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yg Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yg terpalit diantara kami d hati kami. 
ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah dosa suamiku. 
Jauhkanlah perkara tidak baik daripada kami. 
Peliharalah kasih sayang di antara kami. 
Luaskanlah rezeki kami.
 Bahagiakanlah hidup kami d dunia & akhirat.
Ya Allah Ya Ghafur, Ya Arhama Rohimiin,
La ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minazholimin,
amin yaRobbal A'lamin.

LOVE U 4 EVER N EVER TILL JANNAH SUAMIKU
MOHD SHARIL BIN ROSLI.


0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers