Check up pregnancy
Thursday, March 31, 2011
Scan 3D / 4D
Friday, March 25, 2011
Namun yang demikian, teknologi yang paling terkini ialah imbasan 4D. Dengan yang demikian, anda boleh menyaksikan sendiri bayi menghisap jarinya, tersenyum, mengerutkan muka dan menguap. Imbasan 4D boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, namun untuk hasil imbasan yang terbaik, anda digalakkan melakukannya di antara minggu ke-24 hingga minggu ke-30.
Temuduga
Wednesday, March 23, 2011
Objektif Penemuduga
Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri.
Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.
Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga. Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :
- Kebolehan berkomunikasi yang baik
- Mempunyai kelayakan yang relevan
- Bersemangat
- Berinisiatif
- Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
- Berwatakan Menarik
Nilaikan diri anda
Sebelum anda menghadiri temuduga, anda seharusnya sudah dapat menilai diri anda sendiri sebelum dinilaikan oleh penemuduga. Anda perlu melihat diri anda dari segi:-
- Kelebihan diri sendiri
- Personaliti
- Pencapaian Akademik dan Pekerjaan
- Kekuatan dan kelemahan
- Persepsi
- Pengetahuan Am
- Pengalaman Kerja
Kebanyakkan soalan penemuduga berkisar kepada aspek-aspek diatas. Cuba selami diri anda, dan senaraikan butir-butir tersebut, kenalpasti kelemahan anda dan cuba perbaikinya sebelum menghadiri temuduga.
Ini dapat memastikan anda dapat menjawab soalan penemuduga dengan lebih yakin dan positif.
Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga
Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja.
- Ucapkan “Assalamualaikum / Salam”, “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda danpenemuduga.
- Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
- Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.
- Jangan menggelisah.
- Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
- Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
- Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini.
- Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
- Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
- Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat.
- Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.
- Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.
- Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
- Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
- Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga
- Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
- Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda.
- Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
- Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
- Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
- Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
- Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
- Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
- Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
- Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
Kawal emosi semasa temuduga
Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah :
- Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda.
- Jawab dengan jelas dan lantang,
- Kikiskan sifat ego anda,
- Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas.
- Banyakkan senyuman.
- Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain.
- Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan.
- Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.
Perkara yang menjelikkan penemuduga
Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
- Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.
- Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.
- Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.
- Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda.
- Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.
- Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut. Diharap dengan maklumat tersebut akan sedikit sebanyak membantu anda untuk berjaya semasa ditemuduga.
sumber:temuduga.blogspot
Anemia Semasa Mengandung
Terdapat banyak jenis Anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini, berjumpalah doktor.
Penyebab
Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :
- Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian
- Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
- Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia
- Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
- Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.
Faktor - faktor risiko
Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :
- {mosimage}Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
- Wanita yang mengandung kembar
- Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
- Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia.
- Merokok dan meminum alkohol berlebihan
- Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan
- Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.
Tanda - tanda dan gejala
Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
- Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
- Kelihatan pucat
- Kesukaran bernafas/sesak nafas.
Gejala berikut juga boleh berlaku :
- Loya
- Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
- Sakit kepala dan pening
- Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
- Mudah lupa
Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :
- Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
- Sakit di bahagian perut atau abdomen
Komplikasi
Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.
Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.
Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.
Ujian - ujian
Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :
- Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.
- Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.
Rawatan farmakologi
Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.
Pemantauan
Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin anda untuk sepanjang tempoh kehamilan.
Prognosis
- Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
- Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup.
- Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.
Pencegahan
Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:
- Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.
- Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
- Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
- Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
- Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
- Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan.
Sumber: Anemia Semasa Kehamilan, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, infosihat.gov.my
Sepetang d Tmn Bukit Jalil
Pengalaman Berpantang
Tuesday, March 15, 2011
Mama memilih untuk berpantang selama 44 hari. Kalau la boleh dikirakan 44 hari. Hehe~. Nama pun kerja makan gaji. Cuti Bersalin cm 2 bln. Takkan nak berpantang sampai 100 hari? Kalau nak 100 hari, ada yang akaun banknya segan nak berisi. Lain la kalau daddy tu pak menteri.
Mama berpantang d Senawang, Semuanya d uruskan oleh Umi.Umi yang menjaga mama & Qalysh coz daddy dh belayar. Tp sblm daddy belayar, sempat juga daddy & nanny jg mama & Qalysh sekejap. Dh seminggu lbh bersalin br mama dpt berurut. Ye la Qalysh kena jaundis kn. Makcik urut 2 datang ke umah. 3 hari berurut, Bertangas & hari ke-44 bersalin berurut utk naikkn peranakan & mandi bunga.
Sape kata mama mengelat berpantang? Mama berpantang macam orang Melayu lain juge. Pakai bengkung, sarung kain batik, sarung stokin, berurut, pakai param (3 hari aje), mandi air panas, minum air akar kayu (klu umi tuang dlm cawan br minum hehehe pahitttttt), tak makan benda sejuk, tak makan benda gatal dan lain-lain. Umi pulak memang masak yang sedap-sedap. Takde la macam aku baca cerita bloggers lain, yang kena makan nasi ngan lada itam setiap masa.
Berpantang cara orang dulu-dulu, kena sukat-sukat masa minum air. Tak boleh banyak. Mama pun sukat jugak. Sukat kasi banyak. Har har har. Gile ke musim panas nak catu mama minum air? Tambah-tambah baru lepas bersalin. Ada nanti yang melolong terpekik sembelit tau!
Makan jamu? Mintak ampun. Mama telah contribute meng-kaya-kan tokey set bersalin HAR-ONE. Promosi sikit. Takde testimonial, makan tak proper.





































