Jenjalan Holiday

Saturday, May 18, 2013


Daddy cuti kali ni bwk Qalysh & Mayra jenjalan jauh skit. Leceh sbnrnya nk g bcuti dgn bdk2 kecik ni tp cian plak asyik tperap je kat umah bl daddy xde. So bl time daddy blk kt enjoy shopping holiday.

1st trip g Melaka. Wah mcm jauh je bunyinye. Padahal 2 jam je dh smpi dr kl huhuhu. Nk d jdkn cerita mama dh kol A Famosa Resort utk booking tp die kata walk in blh je utk dpt harga promosi dieorg. Bl walk in dieorg suh wat phone booking kat hq. Ni mn 1 yg btl ni. Last2 ktorg g mkn dl smbl wat phone booking skali. G blk lobby br dpt apartment. Mlm 2 g Cowboy Town + Carnival. Esknya br g Safari Wonderland katanya. X g water theme park sbb byk dgr kes wabak2.


















Pas2 kt g naik Genting Highland. Mama booking hotel pakai agoda je. Amik 1 mlm d Hotel 1st world. Sampai2 je trus g indoor games smpi mlm. Pas2 esk smbg blk. Qalysh seronok la main mainan kat cna. g indoor je sbb anak2 kecik lg.
















Trn dr Genting Highland ktorg trus g Cameron Highland plak ikut Simpang Pulai. Kat cna pn booking online gak pakai agoda kat Equatorial Hotel. Booking 1 mlm je tp daddy tmbh lg 1 mlm ms check in. Penat la 2 drive.hehehe....

























Majlis Aqiqah, Bacaan Yasin & Kesyukuran

Monday, April 29, 2013


Syukur Alhamdulillah selesai sudah majlis Mayra pd 29/3 yg lps. Wpun ade kesilapan2 teknikal skit tp majlis bjln dengan lancar. Mama sbnrnya risau gak sbb tkt ms majlis daddy x sempat blk tp semggu sblm majlis alhamdulillah akhirnya dpt gak daddy blk.

Psediaan awal mcm tempahan yasin dh d buat by http://www.creativelydesigned.com.my/, Kambing utk aqiqah by http://tanjungrimauagrofarm.blogspot.com/ amik pakej kambing golek aqiqah + katering + khemah + buaian berendoi cinderella (free 100 goodies bag + Photographer + Album). Amacam? bbaloi x? Ms ni dieorg bt promosi :-), baju by Mcik Timah, satay by Maklong Rembau, Kuih-muih by Umi & jiran2, Imam by adik iparku ngah Nuar. Thanks bg semua yg hadir & mbantu.












Goodies bag. Kali ni x dpt bt telo pindang.

Cinderella Cradle tema pink purple









Family sblh daddy.

Family sblh mama.

Salah pasang pelamin plak. Ptt pelamin Cinderella tp tpsg pelamin comel.
Xpe la. Dpt merasa 2 pelamin hehehehe.


3th Anniversary

Tuesday, December 25, 2012





Alhamdulillah & syukur pada 25/12/2012 genaplah 3 thn usia perkahwinan mama & daddy. Alhamdulillah, selama 3 thn ni, telah kami lalui alam perkahwinan ini dengan penuh suka duka tawa riang bersama. 

Semoga perkahwinan yg tlh d bina ni, kekal hingga syurga, semakin btambah kasih sayang & dpt membina keluarga yg sakinah, mawaddah wa rahmah. Amin.....Sesungguhnya, ku amat menyayangi keluarga ku, suamiku dan anak2 ku.

Since i met u, my life has never been e same. Thanks 4 giving me e opportunity 2 become a good wife & mama. I love u & Happy Anniversary, Syg!


4 e rest of my life
I'll b with u
I'll stay by ur side honest & true
till e end of my time i'll be loving u


`LOVE U 4 EVER N EVER TILL JANNAH SUAMIKU 
MOHD SHARIL BIN ROSLI'.


Red Velvet Cake w Cream Cheese & Figurines
by K.Lieza http://mainacakes.blogspot.com/



2nd besday Qalysh

Monday, November 26, 2012


Last minute planning bt besday Qalysh ni sbb x tau jadual kerja daddy yg tepat. x tau bl daddy blk. So bl daddy blk keje br la nk cr kek.....nk cr tempat. Kek order dgn k.Wani 3N Cakes http://wanie-zz.blogspot.com/ sbb die kwn dgn tmpt mama slalu order kek kat senawang 2. Thanks kak. Cm jemput family & rakan rapat je. Bt makan2 kat Nasi Kandar Pelita, jln Ampang. 







rainbow cakes w cream cheese & edible image
Durian Crepe







"Allah Selamat kan kamu.... Allah selamat kan kamu... 
Allah selamat kan Muhammad Qalysh Hayqal ... Allah selamatkan kamu".

DOB - 26/11/2010 (06.38pm)
Selamat ulang tahun sayang!
:
:
:
:
:
:
:

seindah namamu syg...
hiasilah dunia ni dgn kehidupan yg baik..
dgn amal ibadah y mbawamu ke syurga..

Abg Qalysh..
jadilah anak yg baik..
jadilah anak yang soleh..
doakan kedua ibubapamu ini
mbesar lah kamu dgn amalan yg baik
yg dpt mberi kebahagian pd kedua ibubapamu ini
Amin.


Daddy, Mama, Adik Mayra luv u ketat2 muuuuuuuuah.


2nd baby

Saturday, November 3, 2012

Lama x update blog sejak lepas bersalin. hehe... layan mood jadi mama kpd 2 org anak yg tgh membesar ni. memang heaven! lgpn lappy kat daddy.nk update pakai tab leceh plak coz Qalysh ni asyik nk tgk barney & upin ipin je.

Ni nk start citer psl adik Qalysh. Pg 2 hari b4 bersalin g check up mcm biasa kat Klinik Kesihatan Kuchai Enterpreuneurs Park (tempat Qalysh check up dl gak). Pas2 sm gak kes mcm Qalysh, mama dh overdue 7 hari. So kk suh g hospital trus. Tp mlm tu br g hospital sbb takut g hospital nnt kena admitted kat wad trus. Sblm g hospital tu g la mkn ape yg nk mkn. Nnt dh bsalin kena pantang plak.

Mlm tu g hospital Serdang mmg kena tahan trus. Doktor bgtau kena induce jgk sbb air ketuban dh kurang. Ha!!!!!induce lg ke? Tp alhamdulillah pukul 4 pg 01 jun 2012 dh rs skt. Doktor check dh bkk 3cm. Kul 7 br dieorg bwk trn labour room. Skt dh makin menjadi2 ni. Org kat sekeliling dh panggil2 nurse sbb ms tu mmg xleh nk pk pe pn. Kul 7.45 br nurse bwk g labour room. Smpi je kat katil nurse suh baring. Pas2 die tggl je kt sorang2 kat dlm 2.mayb panggil doktor kot.

Pas2 doktor msk tgk kt dh meneran.die pn kalam kabut br nk prepair. Blh plak die ckp jgn teran dl. Aaahhh....lantakla. Org tgh skt2 ni mn nk tahan dh.Alhamdulillah proses bersalin kali ni pn senang.kejap je baby dh kuar. Daddy msk tgk mama pn ms 2 doktor dh tengah jahit kesan bsalin. Malam lps bsalin 2 mama trus kuar wad. X larat nk ddk wad lelama. Fobia *penakut sbnarnye* hehehehe.



Nuur Qalysha Humayra Binti Mohd Sharil



Mendidik anak cara Rasulullah s.a.w

Sunday, October 7, 2012

 

 
Skg ni di majlis2 ilmu kerap membincangkn isu tentang cara mendidik anak mengikut cara Rasulullah s.a.w. Tiada cara mendidik anak yg paling baik & paling bkesan melainkan dgn cara didikan Islam. Langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w ada empat tahap mendidik anak iaitu:

TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (0~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau & membelai mereka dgn penuh kasih sayang.

TAHAP KEDUA   - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (7~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dgn arahan, displin & beri tanggungjawab.
 
TAHAP KETIGA  - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (15~21 tahun). Hendaklah dididik dgn cara berkawan, bertukar pendapat & hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dgn syariat.

TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
 
Sekiranya sebelum ini ada kelemahan diri sebagai ibubapa, masih belum terlewat untuk membetulkannya. Untuk renungan bersama ;
 

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.
 
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” 
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
 
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
 
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
 
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
 
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
 
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
 
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
 
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
 
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
 
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
 
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
 
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
 
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
 
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
 
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
 
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
 
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
 
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
 
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
 
Anak- Anak ibarat kain putih. Jangan dimarah mereka, si anak kecil. Mereka belum lagi tahu akan Halal dan Haram. Tidak tahu undang-undang. Berilah kasih sayang kita kepada mereka. Ingatlah pesanan cara mendidik anak mengikut Islam.
 
**Tp anak-anak ni (Qalysh & Mayra) mmg slalu menguji tahap kesabaran mama. kdg2 mama x dpt nk bendung lg amarah & TER........ Maafkan mama syg. Mama masih lg belajar cara menjadi seorang isteri & mama yg solehah utk suami & anak2 mama.

 

Pengalaman yg bbeza

Monday, April 23, 2012

Salam...

Wahh!!!...lama nyer x update blogestt ni..huhu bukan xde masa tapi xde mood dan no idea to create a new post..hihi. Diam xdiam kandunganku dah mencecah 8 bulan. Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan ini.

Barang2 keperluan baby & mama dh bl tp yg leh guna lg ms Qalysh dl guna blk la. X pyh nk mbazir bl yg br. Pakaian baby mama bl baru tapi dalam 3-4 pasang je yg baru.. kui3.. sebabnye dah ade baju abg dia so still blh pakai lg & katenye our 2nd baby ni girl so kena la bl skit pakaian utk baby girl.

Bg mrk yg bgelar ibu, atau lebih tepatnya ibu kpd lebih dr seorang anak, mungkin bpeluang mengalami pengalaman yg berbeza-beza setiap kali proses hamil. Tp ada juga yg xde masalah, sama je dari anak no.1 hingga no.10, kan? 10 ni.. hehee

Sekarang mama dlm proses mengandung anak ke-2, pengalaman yg mama fikir cukup berbeza drp anak pertama. Jika ditanya, bezakah pengalamannya,
ya jawapannya. Antaranya:

Makan – Selera makan yang x menentu. Ms Qalysh dl time mula2 mengandung je rs xder selera mkn tp lm2 ok je. Yg 2nd ni dr mula smpi dh nk bersalin still xder selera makan. Bl mkn rs mcm nk tkeluar blk je makanan.

Tenaga – Dulu masih aktif, walau pun di akhir kehamilan. Mungkin juga sbb dulu x pantang betul-betul + dulu xde anak & masih bekerja, skg ni plak dgn anak yg aktif.

Emosi – Bab ni mmg dr dl smpi skg sm je. Touching tlebey. Lg2 daddy xder dcc dr awal mengandung smpi bln terakhir nk bsalin. Aper2 yg tjd kena tanggung & pendam sendiri. G check up sendiri, g bl brg sendiri, skt sendiri…………huh ni mula la nk menitik air mata ni!!!

Bengkak kaki - Dulu masa awal kehamilan kaki mmg dh start membengkak. Tapi sekarang better, walau pun dah nak masuk 8 bulan, kaki still ok.

Kejang – Ade org panggil simpul biawak ( xtau nape..). Dulu ms Qalysh selalulah kena tp skg jarang. Maybe sbb dl bekerja & slalu drive tp skg cm ddk umah je.

Perut – Skg kecik je, mungkin sbb baby girl. Dl time Qalysh bsr.

Bersolek – Walaupun sememangnya mama x bersolek sgt time2 x mengandung, cm calit2 je tapi 1st time mengandung dl mmg xleh calit lgsg. Kadang2 keluar bedak pun x pakai. Perfume lg la xleh nk bau.uweeek………rs nk tmuntah je. Tp skg ok je. Still leh bsolek, pakai perfume. Ni sbb pembawakan baby kot. Ye la dl boy skg girl kn.

Ubat - Klu dl cm kena telan obimin & ubat2 klinik kesihatan je




tp skg ni la ubat2 yg tpaksa mama telan……







Itulah perkara yg mama ingat sepanjang kehamilan ni. Mungkin ade lg, tp x ingat. Sepanjang mengandung 2nd baby ni mama still ader masalah kurang hb. Hb mama cm 7-8 je…tekanan darah rendah…berat bdn x naik. Nasib x kena msk wad. Klu check up kat gov rsnye mmg dh kena msk wad 2.

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Amin.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers