Amalan-amalan ketika mengandung

Monday, April 4, 2011

Masa mama mengandungkan Qalysh, daddy belikan cd surah2 amalan ketika mengandung. So, biasanya bl mama pg & blk keje mama akan bkk cd 2. Mengaji juga di galakkan utuk menjadi amalan setiap hari agar anak yang bakal lahir nanti akan mempunyai sifat2 yang mulia untuk di contohi. Selain itu ia juga dapat mendekatkan lagi kita dengan tuhan dan semoga tuhan memudahkan perjalanan kehamilan kita. Jadi amal2kan lah selalu okay, sehari sekali pun dah memadai.


    • Al-Fatihah dan ayat Kursi
    • Seluruh surah Yassin
    • Seluruh surah At-Taubah
    • Seluruh surah Yusuf
    • Seluruh surah Luqman
    • Seluruh surah Maryam
    • Surah An-Nahl ayat 78
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
    • Surah Al-A'raf ayat 189

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.

Mama jgk minum Anmum Materna. Ia bagus untuk perkembangan minda dan pertumbahan otot yang baru hendak di bina dalam kandungan kita. Pasti semua tahu tentang khasiat meminum susu kan? Susu juga memberi kalsium kepada ibu dan bayi. Jika kita kurang minum susu, bayi akan menyerap semua kalsium dalam tubuh kita untuk membina ototnye sendiri. Ini akan mengakibatkan badan kita akan terase sakit2 sendi, sakit gusi dan juga sakit2 otot jika kita kekurangan kalsium. Mama slalu minum air soya & kelapa. Byk lg benda yg mama bt tp mama pn x berapa nk ingat. Tanya pendapat org mana yg baik mama ikut je. Janji leh telan hehehehe......


Mama amik asid folic 2 kali sehari seperti yang di nasihatkan oleh doktor. Di peringkat awal kehamilan asid folic sangat penting supaya memberi pertumbuhan yang baik kepada bayi. Jika kita kurang mengambilnya, di khuatiri akan terjadi seperti kandungan pra matang atau kandungan cacat. Jadi, asid folic sangat2 penting dan wajib diambil sepanjang waktu kehamilan ini. Jangan sesekali abaikan okay.


Zat makanan ini membina plasenta yang kuat, membolehkan badan kita mengelakkan jangkitan dan membantu penyerapan ferum. Untuk zat ini mama suka mengamalkan makan sayur-sayuran seperti sayur bayam, kubis, kangkung & tempe. Paling kurang sekali sehari pasti menjadi menu dalam pemakanan mama.


Cuba lah makan pelbagai makanan yang kaya dengan sumber protein seperti daging ayam, ikan,telur daging merah tanpa lemak dan mentega kacang. Makanan ni sangat berkhasiat bukan sahaja dalam membina pertumbahan bayi tetapi juga bagi ibu mengandung.


Kalsium penting untuk memastikan perkembangan sihat tulang dan gigi bayi kita yang mula terbentuk kira-kira dari minggu ke lapan. Kita memerlukan kira-kira 2 kali ganda kalsium berbanding daripada biasa. Sumber zat yang mama suka amalkan pada peringkat ini ialah roti putih, ikan sardin dan juga keju. Pada waktu nie, mama suka sangat makan-makanan seperti ini. Hmmmm sedappp…


Kurma sangat bagus untuk pertumbuhan bayi. Mungkin ramai yang sudah tahu kebaikan dan khasiat buah kurma ini. Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W juga amat menggemari buah kurma untuk di makan setiap hari.

Kismis juga tidak kurang hebatnye. Di dalam Al-Quran juga ade menyebut tentang khasiat buah kismis ini terutamanye dalam pertumbuhan otak dan minda bukan sahaja untuk bayi malah kepada ibu juga. Amalkan 7 biji sehari serta berselawat pun sudah memadai.


Kekacang seperti badam & pitascio sangat2 lah mama gemari pada peringkat awal kandungan ini. Bukan sahaja sedap untuk di nikmati tetapi juga bagus untuk perkembangan sihat anak mama. Ini telah terbukti dengan mengamalkan kekacang seperti ini baby akan kelihatan cerdas dari segi minda dan fizikal. Tak percaya? Sama2 kita cuba okay.


Semua orang tahu khasiat memakan buah-buahan kan? Selain menjadi serat dalam pemakanan yang boleh membantu masalah sembelit, ia juga boleh diambil banyak setiap hari kerana khasiat yang sangat tinggi.


Minumlah air suam atau air mineral setiap hari. Kalau boleh amalkan 8 gelas setiap hari dan kurangkan pengambilan minuman yang berkafein kopi dan teh. Jika boleh berhenti terus dari meminum minuman seperti ini kerana memberi kesan yang membahayakan sistem penghadaman. Jadi, air mineral adalah terbaik untuk badan kita dan bayi buat masa ini. Amalkan okay.


Ape sahaja amalan yang kita lakukan, fikirlah tentang kebaikan yang tersirat di sebalik amalan itu. Ok lah, sampai sini sahaja mama nak kongsi. Sehingga berjumpa lagi..(Ceh!dah macam rancangan tv laks)..Byesss!!

2 comments:

mamaJong said...

wow..sgt interesting info awak ni..
thanks for sharing..
btw, nk tnya sket..awak masa 1st peknen dulu mmg mnum soya ngan air kelapa eih?
soya tu mmg bagus la..tp airkelapa tu mcm musykil sket...huhu,,,
dulu sy nk mnum, tp dilarang keras oleh org2 lama...sobh=(
smpai peknen yg kedua ni pon sy masih takot nk mnum kelapa..diorg kata tajam..ntah yer ntah x..
tp sy tgok awak ok jew kan..?mknanye xde ape2 la tu kan,..?

Permata Hati Mama+Daddy said...

sepanjang tempoh mengandung mmg slalu mnm soya cm dh nk dekat bersalin br start mnm air kelapa.ntah la.ok je.ni pn kwn opis yg cadangkn mnm air kelapa.senang bersalin katanya.leh jd pelincir. tp x tau la btl ke x.so far setakat ni sumer ok. Asalkan baik sy ikut je apa org ckp. x slh mencuba.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers