Majlis Aqiqah & Kenduri Kesyukuran
Tuesday, May 10, 2011
Apam Polka Dot
3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum (ayak 3x....klu lbh lg bgs)
220 gm gula halus
150 ml susu segar / susu sejat
3 sudu teh baking powder
1 sudu ising vanila (nk hilangkn hanyir telur)
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna
1. Masukkan semua bahan apam ke dala m mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan max 6-8 minit sampai kembang...
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas
5.Letakkan filling secukupnya. nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...
Tips..
Awal Mengandung
Tuesday, April 5, 2011
Setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan zuriat bagi menyambung keturunan & pengikat kasih suami isteri. Pengalaman mengandung sulung bagi sesetengah ibu amat menyeronokkan dan bagi sesetengah ibu yang lain pula, mungkin mendatangkan masalah dan dibelenggu perasaan takut kerana perubahan yang ketara dari segi fizikal dan mental.
Bulan pertama & ke-2 selepas majlis walimah xder tanda2 mama mengandung. Kecewa jgk la. Niat daddy nk mama mengandung sblm daddy naik kapal. Msk bln ke-3 period mama lewat seminggu. Daddy dh xcited suh check samada +ve / -ve. So mlm lps mkn d sup meletop kat Bdr Tasik Selatan, kami g bl pregnancy test kat kedai runcit dpn sup meletop 2. Blk umah trus wat test. Alhamdulillah. Tp utk sahkn sumer ni esknya mama & daddy g klinik sentral, Sri Petaling utk wat check up & scan. Keputusannya 'SAH ANDA HAMIL 2 MINGGU'. Indahnya saat 2. Gembira sgt2.
Ibu yang mengandung seharusnya membuat persediaan rapi dalam menghadapi saat-saat kehamilan. Ini bagi memastikan kesihatan diri dan kandungan berada dalam keadaan yang baik. Selain dr btanyakan pendapat & pengalaman ibu2 yg ln, mama slalu gak cr info2 kat internet. Mn yg baik & ok mama ikut. X slh kn asalkan x memudaratkan baby & mama. Selain itu, suami juga perlulah memberikan sokongan kepada isterinya agar si isteri tidak menghadapi tekanan dalam tempoh kehamilannya. Tp mama kena hadapi sumer ni sorang2. Daddy g belayar 3 bulan. Daddy cm dpt bg sokongan dr jauh. 2 pn dpt ckp dgn daddy seminggu skali je. Ms kandungan mama 6 bln br daddy blk. Ms 2 br mama dpt shopping brg2 utk baby.
Dalam proses pembesaran bayi dalam kandungan, si ibu akan merasakan lenguh di bahagian kaki. Bahagian betis, peha dan jari-jari kaki akan terasa sakit dan adakalanya ia boleh menyebabkan kebas atau kejang. Sakit seperti ini biasa berlaku di kalangan ibu yang mengandung. Bl daddy xder mama tpaksa urut kaki & thn sakit sorang2.
Semasa mengandung, kulit di bahagian perut dan payudara akan menjadi tegang, ini kerana anak di dalam kandungan yang semakin membesar. Ketegangan kulit di perut dan payudara akan menyebabkan ia kering dan gatal. Bagi mengelakkan kekeringan kulit, ibu-ibu digalakkan menyapu bahagian yang kering itu dengan baby oil atau minyak zaitun. Ibu-ibu juga diingatkan supaya tidak menggaru kulit yang kering itu kerana ia akan memudaratkan. Mama beli minyak zaitun tp bl tdo kadang2 mama x sedar yg mama garu. Tue yg bertanda smpi skg lum ilang2 lg.
Susu Mama + Susu Formula
Keluar je dr Hospital, daddy bl susu formula utk Qalysh. Mula2 bg susu snow tp Qalysh kembung perut. Tukar susu Novalac tp Qalysh cirit-birit plak. Tukar S-26, Lactogen still cirit-birit. Last bg anmum br ok.
Masa dlm pantang mama bg Qalysh Susu Mama + Susu Anmum smpi skg. Tiap2 hari mama perah susu & simpan dlm freeze. Weekend mama bwk blk umah tok umi utk tmbh stok.
Majalah Bulanan
Rase macam tak percaya jer mama beli majalah Pa& Ma / Mami & baby. Dulu nak pandang majalah nie pun tak pernah. Nak jeling pun tidak kat majalah nie. Sejak2 jadi mama nie, terpanggil lak untuk beli majalah nie hehe..Mungkin dah sampai seru kot nak beli majalah yang berbentuk keibu bapaan nie..sungguh tak percaya..
Dulu majalah yang paling mama suka beli Majalah Rapi, dara..Ikut peredaran masa kot..Mase bujang nak kurus sgt beli majalah Rapi. Mase nak kawin pulak, banyak rujuk majalah Pengantin. Bile dah kawin, beli lah majalah Wanita…Nah, skang dah nak ade baby, kenalah beli majalah Pa&Ma, Mami baby..kuikuikui..
Apepun parents out there kena dapatkan Pa&Ma / Mami & baby. Senang nk bt rujukan & dpt info2 yang baik.
Amalan-amalan ketika mengandung
Monday, April 4, 2011
- Al-Fatihah dan ayat Kursi
- Seluruh surah Yassin
- Seluruh surah At-Taubah
- Seluruh surah Yusuf
- Seluruh surah Luqman
- Seluruh surah Maryam
- Surah An-Nahl ayat 78
- Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Zat makanan ini membina plasenta yang kuat, membolehkan badan kita mengelakkan jangkitan dan membantu penyerapan ferum. Untuk zat ini mama suka mengamalkan makan sayur-sayuran seperti sayur bayam, kubis, kangkung & tempe. Paling kurang sekali sehari pasti menjadi menu dalam pemakanan mama.
Cuba lah makan pelbagai makanan yang kaya dengan sumber protein seperti daging ayam, ikan,telur daging merah tanpa lemak dan mentega kacang. Makanan ni sangat berkhasiat bukan sahaja dalam membina pertumbahan bayi tetapi juga bagi ibu mengandung.
Kalsium penting untuk memastikan perkembangan sihat tulang dan gigi bayi kita yang mula terbentuk kira-kira dari minggu ke lapan. Kita memerlukan kira-kira 2 kali ganda kalsium berbanding daripada biasa. Sumber zat yang mama suka amalkan pada peringkat ini ialah roti putih, ikan sardin dan juga keju. Pada waktu nie, mama suka sangat makan-makanan seperti ini. Hmmmm sedappp…
Kurma sangat bagus untuk pertumbuhan bayi. Mungkin ramai yang sudah tahu kebaikan dan khasiat buah kurma ini. Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W juga amat menggemari buah kurma untuk di makan setiap hari.
Kismis juga tidak kurang hebatnye. Di dalam Al-Quran juga ade menyebut tentang khasiat buah kismis ini terutamanye dalam pertumbuhan otak dan minda bukan sahaja untuk bayi malah kepada ibu juga. Amalkan 7 biji sehari serta berselawat pun sudah memadai.
Kekacang seperti badam & pitascio sangat2 lah mama gemari pada peringkat awal kandungan ini. Bukan sahaja sedap untuk di nikmati tetapi juga bagus untuk perkembangan sihat anak mama. Ini telah terbukti dengan mengamalkan kekacang seperti ini baby akan kelihatan cerdas dari segi minda dan fizikal. Tak percaya? Sama2 kita cuba okay.
Semua orang tahu khasiat memakan buah-buahan kan? Selain menjadi serat dalam pemakanan yang boleh membantu masalah sembelit, ia juga boleh diambil banyak setiap hari kerana khasiat yang sangat tinggi.
Minumlah air suam atau air mineral setiap hari. Kalau boleh amalkan 8 gelas setiap hari dan kurangkan pengambilan minuman yang berkafein kopi dan teh. Jika boleh berhenti terus dari meminum minuman seperti ini kerana memberi kesan yang membahayakan sistem penghadaman. Jadi, air mineral adalah terbaik untuk badan kita dan bayi buat masa ini. Amalkan okay.
Ape sahaja amalan yang kita lakukan, fikirlah tentang kebaikan yang tersirat di sebalik amalan itu. Ok lah, sampai sini sahaja mama nak kongsi. Sehingga berjumpa lagi..(Ceh!dah macam rancangan tv laks)..Byesss!!





































